Isnin, 8 Ogos 2011

Seri Dioh... Episod 1

Seghik dah Dioh nok main enjoit pokok tumbang. Mujur tak teghok abang
Jaih jatuh ter. Dah empat aghi. Bincoit daei abang Jaih dah nok
sughuit. Mok demoh dengan pasir gogheng. Lebang di lengan pun dah
ceghoh siket. Mok lomor dengan minyok piat. Kesian pulok Dioh ke abang
Jaih. Dua aghi abang Jaih demang. Dua aghi jugek Dioh senyak. Dioh
takuit mok maghoh. Ndok dekat ngan abang Jaih pun tak beghani. Petang
ni Dioh tak ngikut mok nugei jagung. Dioh main di ghumoh je. Dioh ajok
adik main buwei bawoh pokok ubi kayu gajoh. Dioh main dengan adik
sampei mok balik. Nampok je mok, deghaih Dioh naghik tangan adik.
Takoit mok maghoh. Aghi dah ndok megeghik. Dioh ambik kain tegholo
bawok adik mandi air tong legei. Bercegha-cegha Dioh njighuih kepala
adik. Dioh jighuih juga ke badan Dioh snighi. Dioh gaghaih kaki adik
dengan saboit. Kaki Dioh skali. Dioh nampok mok jengok ikut tingkak
selok sebeloh dapor. Deghaih Dioh ngelak badan adik dengan tegholo.

0 ulasan:

Quotes

 

~~ Hidup Itu Indah~~ | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates