Rabu, 17 Ogos 2011

Sumbangan siapa yang harus dihargai.....(Susulan Kisah Jais)

Petikan daripada....Dr. Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah; (Veri good articles......!!!)

Insiden serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja Methodist di Damansara Utama sengaja diperbesar-besar untuk meraih simpati, seolah-olah mereka ditindas, tidak bersalah dan tidak diberikan hak. Tindakan Jais dipersalahkan seratus peratus. Mereka sahaja yang betul dan suci. Licik sungguh perancangan ultra kiasu ini.

Awalnya saya cuba bersangka baik terhadap mereka ini demi dakwah, tetapi berdasarkan pengalaman berkecimpung dalam NGO, amat sukar rasanya untuk berbuat demikian memikirkan betapa liciknya mereka ini. Untuk menutup kelemahan, maka kehebatan merekapun ditonjolkan seperti sumbangan keluarga La Sallian, Mother Theresa, Gerakan Methodist dan Catholic dan sebagainya. Bacalah rencana meloyakan ini dalam laman-laman pro-mereka.

Saya tidak menafikan sumbangan semua kaum di negara tercinta ini. Tetapi jika semuanya mahu berkira, elok kita melakukan kira-kira dan tolak campur untuk melihat siapakah yang memberi lebih banyak sumbangan?

Perlu diingat, negara ini bukan seperti negara kepulauan Melayu yang lain seperti Indonesia atau Singapura. Janganlah terlalu biadab dan kurang ajar mencampuri hal ehwal Islam. Agama Islam dilindungi oleh perlembagaan persekutuan. Bukan itu sahaja, hal ehwal Islam dan keadaan umat Islam di bawah bidang kuasa penuh negeri dan sultan. Jabatan Agama ada hak untuk bertindak sekiranya wujud keadaan yang boleh mengganggu-gugat kedudukan agama Islam. Selama ini kita tidak pernah bertindak kejam terhadap bukan Islam. Begitulah berhikmahnya kita dalam menjaga bukan Islam dan hak mereka, sehingga hak sendiri terabai.

Oleh kerana pihak Kristian terlalu banyak bercakap soal sumbangan, sempena bulan kemerdekaan ini mari kita nilai sumbangan siapakah yang paling besar kepada negara tercinta ini, supaya kita tidak terlalu terhutang budi dan terjebak dalam perangkap mereka. Gerakan mereka ditaja oleh missionari antarabangsa.

Setelah dicongak-congak, pada hemat saya, sumbangan pribumi Melayu Islamlah yang paling besar. Tidakkah toleransi Melayu Islam hari ini yang menyebabkan orang lain boleh jadi kaya raya dan mengamalkan agama mereka seolah-olah negara ini bukan lagi negara Islam? Sumbangan yang tidak ada tolok bandingnya adalah sumbangan memerdekakan negara tercinta ini daripada penjajah berniat jahat membawa mesej gold, glory dan gospel (3G) serta ancaman komunis. Saya tidak fikir orang Melayu Islam tidak boleh mengurus estet, lombong dan bandar jika ditakdirkan tidak berlaku penghijrahan ketika itu.

Bacalah bersama sejarah mengenai kebangkitan nasionalisme. Tokoh-tokoh Melayu dan bumiputera seperti Penghulu Dol Said, Naning (1831-32), Raja Mahadi, Selangor (1867-74), Sultan Abdullah, Raja Ismail, Dato Maharaja Lela, Tok Sagor, Pandak Endut, Perak (1875), Tengku Antah, Negeri Sembilan (1875-76), Tok Gajah, Dato Bahaman, Mat Kilau, Pahang (1891-95), Sharif Masahor, Rentap, Banting (1853-1908), Mat Salleh, Antanum, Sabah (1894-1905), Tok Janggut, Kelantan (1915), Abdul Rahman Limbung (1921-28) dan banyak lagi tokoh-tokoh yang boleh ditonjolkan akan besarnya sumbangan mereka menentang 3G tersebut. Siapa pula tokoh-tokoh yang menentang komunis?

Kenapa jarang sekali mendengar nama-nama bukan Melayu atau orang Kristian ketika itu, yakni saat yang paling getir era 1800an hingga 1900an? Ketika itu orang bukan Melayu sudah berada di Tanah Melayu.Wajah-wajah bukan Melayu hanya muncul sekitar tahun 1950-an, detik ketika penjajah sudah memang tidak dapat bertahan lagi. Maka, sebagai syarat, kemerdekaan hanya diberikan jika Melayu dapat menerima bukan Melayu. Sebagai timbal balik hak-hak istimewa Melayu diberikan dan kedudukan agama Islam dilindungi. Penjajah sedar ‘dosa besar’ yang mereka telah lakukan. Penyatuan antara kaum hanya alasan British sahaja. Jika ketiga-tiga kaum ini tidak bersatupun ketika itu kebangkitan nasionalisme Melayu Islam sudah sampai ke peringkat puncak.

Bayangkan ketika Melayu Islam berkeras untuk tidak menerima bukan Melayu. Selepas merdeka, apakah nasib bukan Melayu ketika itu? Tetapi inilah kebaikan Melayu Islam yang kita tidak boleh lupakan sama sekali, malah seumur hidup. Kini, sewenang-wenang kita mahu melupakan jasa-jasa mereka, dengan menonjolkan sumbangan La Sallian, Mother Theresa dan gereja yang lain. Tidak cukupkah kebebasan beragama yang dibenarkan tanpa had? Masih tidak bersyukur? Di negara China, etnik Cina Islam Uighur dilarang menunaikan ibadah puasa, bersolat tarawih atau menjalankan sebarang aktiviti keagamaan. Pernahkah kerajaan Malaysia bertindak sedemikian kepada minoriti di sini? Jangan terlalu besar kepala.

Satu lagi, orang Melayulah yang paling berani dan merasa kesakitan yang amat sangat ketika menentang Malayan Union. Jika benar, bukan Melayu mahu bersama-sama menyumbangkan jasa memerdekakan negara, kenapa Malayan Union tidak ditentang? Jawapannya mudah, Malayan Union menguntungkan mereka. Ditakdirkan Malayan Union berjaya, maka hancurlah orang Melayu, bermaharajalelalah mereka ketika itu. Bertambah cepatlah negara ini menjadi negara Kristian.

Janganlah terlalu menonjolkan sumbangan yang kecil untuk mengaburi sumbangan yang besar. Bangkai gajah tidak akan dapat dilenyapkan oleh bangkai nyamuk. Kecuali gajah itu sendiri yang melenyapkan bangkainya, sehingga bangkai nyamuk menjadi perhatian. Bangkai nyamuk inilah yang diperbesar-besarkan.

Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao janganlah terlalu biadab mengeluarkan kenyataan tanpa mendengar dahulu penjelasan Jais. Saya sudah dapat menjangkakan pendirian ini, jika ditakdirkan kenyataan itu tidak dikeluarkan. Jais dan polis menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama dalam ruang lingkup yang dibenarkan undang-undang. Apakah majlis tersebut benar-benar makan malam? Atau ada udang di sebalik batu? Janganlah menipu. Saya tidak nampak tindakan Jais melanggar kebebasan rumah ibadat yang dijamin Perlembagaan.

Menurut A. Kadir Jasin, tiada siapa yang menafikan bahawa bukan Melayu juga menyumbang kepada perkembangan dan kematangan ekonomi negara, tetapi ia berasaskan kepada prinsip keuntungan. Mereka menyumbang kepada perkembangan ekonomi kerana suasana politik yang stabil sejak 1969 membolehkan mereka meraih keuntungan yang besar daripada apa yang mereka laburkan. It is not altruism - bukan sumbangan percuma yang tidak mengharapkan sebarang alasan! Mari kita hadapi realiti. Selain Singapura yang berupa negara kecil dan majoriti penduduknya Cina, tidak ada tempat lain di dunia di mana orang Cina mempunyai kuasa politik yang begitu luas serta memonopoli ekonomi selain daripada di bumi Malaysia ini. Pilihan raya demi pilihan raya membuktikan bahawa yang menjadi tonggak Barisan Nasional adalah orang Melayu dan Bumiputera lain. Malah majoriti calon bukan Melayu BN yang menang pilihan raya menang di kawasan majoriti Melayu Islam.

Lihatlah betapa besarnya pengorbanan dan toleransi Melayu Islam. Orang lain bagaimana pula? Misalnya, kerajaan negeri Perak meminta Ipoh Hindu Devastana Paripalana Sabah menyerahkan lebih kurang setengah ekar tanah rizab perkuburan Hindu di Buntong bagi tujuan pembinaan sebuah krematorium moden bagi masyarakat bukan Islam. Idea ini ditentang habis-habisan secara bersepadu. Berita ini disensasikan. Bila tanah rezab mereka diambil sedikit, heboh satu dunia. Tetapi sedarkah kita berapa banyak tanah rezab Melayu yang telah tergadai? Melayu tetap diam, tidak pernah bisingpun. Malangnya sungguh jadi Melayu, hak dan maruah telah tergadai, masih terus berlembut. Orang lain pantang diusik. Ini nasib Melayu di bumi Melayu.

Selasa, 16 Ogos 2011

seri Dioh 22

Abang Jaih ngundur lagi. Kegheba lame ke dekait datang. Ngundur lagi. Abang Jaih nok maling ke belakang. Tak dan nok ngelok ke Embong Nab. Abang Jaih telanggo ke Embong Nab. Teduduk Embong Nab. Dioh telentang de belakang. Mujo Dioh tak kene empak dak kayu. Abang Jaih bingkaih banguin. Laghi ngaler ke daghait. Embong Nab teghik Dioh ke belakang. Takdek aghoh takuitnye Dioh. Lagi kuat njeghit.

Kegheba ngejo de belakang. Embong Nab laghi ale ngulu. Uko nojo Dioh teghik dak Embong Nab. Kegheba te ngambait jugek lagi. Kayu ataih kepala Embong Nab senget-senget dah. Nyudohnya empaih ke haje dak Embong Nab. Abih putuih akor. Besepei ataih tanoh. Embong Nab bior je. Dioh tak beghenti mnangih. Embong Nab bawok Dioh nyughuk balik busuit beloh ulu sikit.

Dioh nampok kegheba te ngaler ke Abang Jaih. Abang Jaih menteban laghi. Embong Nab njeghit sughuh Abang Jaih panjait pokok. Beloh daghait te ander pokok mencepu se. Abang Jaih ngungkeh manjaitnye. Paghang Abang Jaih entoh koner dah tegheibainnye. Dioh nampok Abang Jaih naik cabang tinggi. Duduk situ. Meluk batang mencepu te. Ketor ngeligei Abang Jaih.

Dioh dah beghenti nangih. Embong Nab sughuh Dioh diang. Bunyi teghesok-esok ander lagi. Embong Nab tekan kepale Dioh. Embong Nab tunduk skali. Dada Dioh ngombok laju. Macang oghang begodok ngemping padi. Abang Jaih senyak je. Kejuin de situ. Kegheba te ander lagi de bawoh.

Lame jugek Abang Jaih nunggu. Kegheba te sekejak ke daghait sekejak ke tebing. Ngelintor je. Bunyi napaihnye kuat dengor dak Dioh. Lame ke kecuit ati Dioh. Tunggu lagi. Lame dah sikit te, Dioh tak dengor dah mende-mende. Embong Nab njengok. Dioh ngikuit. Nampok kegheba te dah lepaih kilir. Embong Nab ajok Dioh banguin.

Haghi dah gelak. Nyamok pulok bedenging-denging tepi telinge. Dioh nampok Abang Jaih ngelolor tughuin. Embong Nab kutik kayu hak besepei te. Ambik sekelek je. Hak lain tinggae. Abang Jaih encaghi paghang tadi. Ghate semok te peghedaknye. Mujo jumpe. Ayoh maghoh kala paghang te ilang. Embong Nab sughuh Abang Jaih bawok kayu Dioh aje. Kayu Abang Jaih ghate besepei. Tak dan nok ngutik. Esok ambik.

Ketor belake. Seme diang. Aghi gelak ngat dah. Entu mok loghait. Agaih pun bukan main ngelaboitnye. Puaih Dioh ngibaih. Embong Nab pegang tangan Dioh. Sebeloh lagi ngelek kayu. Laju blake bejalan. Dioh gaye nok belaghi teghik dak Embong Nab. Dada Dioh tak beghape ilang lagi debornye.#

seri dioh 21

Dioh jalan depan sekali. Tangan kanan Dioh ngelek kayu de pinggang. Tangan kighi sauk beloh bawoh. Abang Jaih depain Embong Nab. Aghi beghangin sikit. Dioh nampok julei getoh bebuwie-buwei. Banyok dauin gugo. Ander bunyi bekeghiuit. Batang getoh begoyang sekali kighi sekali kanan. Tak dek sapa becakak. Senyak blake.

Lampa bagi dua dah jalan. Angin ko kuat. Tibakan Dioh meguin je. Kayu de kelek deghaih Dioh lepaih. Dioh njeghit. Ngelodok ke belakang Embong Nab. Dioh peluk Embong Nab kejak. Uko seghendeng Embong Nab. Cemaih tumbang. Dioh menangih sambei mekak muka de belakang Embong Nab. Embong Nab pauit kepale Dioh. Pelek Embong Nab ke Dioh.

Abang Jaih tekeghenyuih. Depan Abang Jaih tecogok kegheba keweit. Seykor dighi je. Kegheba te patoh tanduk beloh kanan. Tekeweit ke bawoh. Sabakkan gelor dak bebudok kampoang kegheba keweit. Takoit ngat bebudok ke kegheba te. Dia emboh ngambait oghang. Abang Jaih tughuinkan kayu. Teghik sepuntong. Abang Jaih lutu kayu te kuat. Kene ke badan kegheba te. Abang Jaih tunggu sekejak. Kegheba te maling ke belakang. Begeghok sikit.

Lege Dioh nampok kegheba te emboh laghi. Abang Jaih angkit smule kayu. Ket tak dan lagi letok ataih kepala, Abang Jaih nampok kegheba te paling smule ngale ke dia. Abang Jaih empaih kayu. Ngundur sikit. Ghapait ngan Embong Nab. Kegheba te begeghok ke depan. (bersambung)

seri Dioh 19

Dioh ngekor Embong Nab. Ander dah tige empait dahan belonggok de pangkae getoh. Embong Nab sughuh Dioh taghik hak pendek-pendek ke pangkae gelugo. Embong Nab bawok hak besor. Kompoi sekali ngan hak Abang Jaih tadi. Setimboin dah. Abang Jaih bawok lagi. Longgok sekali.
Embong Nab taghik paghang pade pinggang. Ambik dahan ataih sekali. Embong Nab ketong seseter seseter. Dioh kompoikan setempat hak dah beketong te. Abang Jaih pegi aghoh ke tebing pulok. Nok encaghi sikit lagi. Dapat dua tige dahan lagi jadilah. Tak lame Dioh nampok Abang Jaih ngepit kighi kanan dahan getoh te. Ket tak besor. Mentor-mentor beghenti. Sangkoit haje. Lungguin lagi de pangkae gelugo. Pade Dioh banyok ngat dah. Ndok same laghaih dah dengan Dioh.

Embong Nab sughuh Abang Jaih encaghi akor. Ndok muwat beghekaih. Abang Jaih meghaya-ghaya ngale ke daghait. Tak jumpa dak Abang Jaih akor ngan elok. Ulan banyok. Ket ngaghoit je. Tak dan nyampei ke ghumoh. Begheicei kayu tengoh jalan. Empok pohpaleh. Ghater dah Abang Jaih meghaya. Sudohnye Abang Jaih taghik akor empelaih je. Banyok ngat akor empelaih ewei itu. Tak beghape molek jugek nok muwat beghekaih kayu. Ket tahanlah pade ulan te. Haghi dah ndok gelak. Lambat ngat kaghang tak nampok jalan. Abang Jaih tetaih akor hak tue. Liat sikit. Buat dua tige lapih kukuhlah.(bersambung)

Seri dioh Episod 18

Dalang tanoh Aki Toho te ander sebatang gelugo tue. Bapok tingginye. Sayuk Dioh mandang ke pucuk. Baneinye pohpaleh besor. Kala Dioh nyughuk dalang te, haghang tak nampok dak oghang. Beloh ke bawoh sikit pade gelugo te ander salok. Tengoh bebunge. Ander kesan baghu keghait pelepoh salok te gayenye. Berseypoh-seypoh daun ataih tanoh. Ija lagi. Seypok2 je dak Dioh.
Dioh balik ke pangkae gelugo. Nampok dak Dioh julei ghendoh. Ander taghuk mude. Meyghoh je. Dioh sughuh Embong Nab tolong kait. Embong Nab suke jugek makan taghuk mude gelugo te. Ander mase te Embong Nab colek dengan gaghang. Embong Nab pepoh julei te dengan kayu getoh. Laghoh empait lime lae. Dioh belaghi ngutik. Dioh kesat ke baju. Podoit selae dalang mulut. Tekeghenying Dioh. Masang mencekuit. Ket sedak. Dioh kunyoh2 teghuih telan. Ambik selae lagi bawok bejalan ngekor Embong Nab. Embong Nab ngunyoh taghuk gelugo te jugek. Beyse je muke Embong Nab. Tak dek lalu gaye ke masang daun te.

Abang Jaih tengoh naghik dahan jatuh dalang semok. Sangkoit. Cabang ujungnye lekait pade akor empelaih. Abang Jaih sentok lagi. Tak amboh jugek lepaih. Abang Jaih bawok paghang. Sekali hayun je. Putuih dua akor te. Baghu lepaih. Abang Jaih anto ke pangkae gelugo kayu getoh te. Kompoi dulu de situ. Bawoh gelugo te lawaih. Tak dek ngat semok. Tanoh keghaih ghanta itu. Ghumpuit pun tak tumbuh. Dogoi je tanoh. Empaih je dak Abang Jaih kayu te ke tanoh. Lepaih te Abang Jaih meghayak kataih semule. (bersambung)

Khamis, 11 Ogos 2011

Seri dioh Episod 18

Dalang tanoh Aki Toho te ander sebatang gelugo tue. Bapok tingginye. Sayuk Dioh mandang ke pucuk. Baneinye pohpaleh besor. Kala Dioh nyughuk dalang te, haghang tak nampok dak oghang. Beloh ke bawoh sikit pade gelugo te ander salok. Tengoh bebunge. Ander kesan baghu keghait pelepoh salok te gayenye. Berseypoh-seypoh daun ataih tanoh. Ija lagi. Seypok2 je dak Dioh.
Dioh balik ke pangkae gelugo. Nampok dak Dioh julei ghendoh. Ander taghuk mude. Meyghoh je. Dioh sughuh Embong Nab tolong kait. Embong Nab suke jugek makan taghuk mude gelugo te. Ander mase te Embong Nab colek dengan gaghang. Embong Nab pepoh julei te dengan kayu getoh. Laghoh empait lime lae. Dioh belaghi ngutik. Dioh kesat ke baju. Podoit selae dalang mulut. Tekeghenying Dioh. Masang mencekuit. Ket sedak. Dioh kunyoh2 teghuih telan. Ambik selae lagi bawok bejalan ngekor Embong Nab. Embong Nab ngunyoh taghuk gelugo te jugek. Beyse je muke Embong Nab. Tak dek lalu gaye ke masang daun te.

Abang Jaih tengoh naghik dahan jatuh dalang semok. Sangkoit. Cabang ujungnye lekait pade akor empelaih. Abang Jaih sentok lagi. Tak amboh jugek lepaih. Abang Jaih bawok paghang. Sekali hayun je. Putuih dua akor te. Baghu lepaih. Abang Jaih anto ke pangkae gelugo kayu getoh te. Kompoi dulu de situ. Bawoh gelugo te lawaih. Tak dek ngat semok. Tanoh keghaih ghanta itu. Ghumpuit pun tak tumbuh. Dogoi je tanoh. Empaih je dak Abang Jaih kayu te ke tanoh. Lepaih te Abang Jaih meghayak kataih semule. (bersambung

Selasa, 9 Ogos 2011

Petua Wardina mendidik Anak Solat 5 waktu.... Jom Share....

Note yang ditulis oleh Wardina :   BERBALOI PENAT LELAH KU…   Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda…   I have to share this with you… because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off…I started to make my Amna to solat 5 times a day when she ...was 7, on her 7th birthday…we had a talk…(check note lama) tapi preparation since 6 la…   tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat….she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that – because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti….But it is very important to keep this in mind:-  
 
1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal – kena make sure – every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat  
 
2) l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together….kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -lepas solat time tu lah peluk cium, senyum – i always kiss her at the head and say “Barakallahufiha” Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah….make her never miss her solat Ya Allah…..kuat2 bagi dia dengar….   ps:- kalau kena amik cuti ambillah – bukan waktu exam je amik cuti – buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! “mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!”  
 
3) Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us… how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah…..TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat…acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat….itu semua kerja SETAN! Fight them off….! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that….we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat…..  
 
4) Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)
  
5) kalau dia tinggal – DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember – and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok…but kena solat terus bila bangun.  
 
Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah….tadi memang datang lambat…i was loking for her..and guess what???? She was actually praying her Asar prayers…sorang je kat dalam surau tu….i wanted to pengsan and cry…she did all by herself…. i pun told her how happy and how proud i was of her…i tanya dia kenapa? dia kata “Amna ingat apa Ummi cakap”…..cair nya hatiku ini.   Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia….and called nenek at Australia…now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!   And the foundation is – to start them off right – solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!I love you all!!! Good night….. But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu…anak ketam tak boleh diajar berjalan terus…fahamkan?  
 
Wah.... memang muslimah sejati.... cik ya nak cuba gak lah.. walopun terlambat sudah tapi nak try....!!!!

Isnin, 8 Ogos 2011

seri Dioh Episod 17

Embong Nab lilit paghang pade pinggang. Abang Jaih mawok jugek se. Ket tak besaghong. Dioh belenggang je. Mok pesan jangan balik lambait sangat. Tok soh gi jauh2 encaghi kayu te. Tak dan abih mok becakak abang Jaih belaghi ke pago beloh daghat. Embong Nab sengkeng tali besi pago. Dioh nyusuk keluo. Abang Jaih melangka je pago te. Embong Nab pun seghupe abang Jaih. Dioh jalan di tengoh. Embong Nab de belakang. Abang Jaih dah dulu ke depan. Sambey bejalan, abang Jaih leybaih paghang kighi kanan. Abih putuih batang tepoih kena paghang abang Jaih te. Dioh ambik sepelepoh. Dioh siat daun belakenye. Abih togey tinggae batangnye haje. Dioh leybaih jugek batang tepoih te kighi kanan. Nighu abang Jaih. Embong Nab ajok encaghi kayu dalang tanoh Aki Toho. Ke daghait sikit lagi. Situ ghajin banyok kayu getoh jatoh. Aki Toho tak kesoh. Sape2 je boleh encaghi kayu dalang tanoh die te.

Dioh mandang kataih. Ander bunyi keghe. Lima nang eko nampok dak Dioh. Beghunjait melompat bila nampok Dioh betige lalu de bawoh. Bejangkit-jangkit de ujung julei pokok getoh. Ander sekor Dioh nampok bejuntei de ujung julei. Beghayuin je. Tak pelek lalu gayenye ke Dioh betige te. Haghang peduli. Abang Jaih nepuk tangan kuat2 sambey besoghok. Dioh ngikuit gaye abang Jaih buat te. Melompat-lompat Dioh. Tekenyuih keghe te. Teghuih melompat ke julei se lagi. Suke ngat Dioh nengoknye. (bersambung)

serri Dioh Episod 16

Dioh duduk ataih kain hak mok bentang te. Mok besile sebeloh Dioh. Besen mok letok de depain. Oghang dah mule ghamei. Tempat mok enjuwei te tepi legheng bukit. Ataih bukit te Dioh nampok ander kedei. Beselayuit baghang pelasetik dalang kedei te. Pinggan mangkuk banyok jugek. Letok ataih lantei depan kedei. Ander tangge nughuin bukit te. Tempat mok te ngadak ke sungei. Dioh nampok bedeghuin oghang naik daghipade tebing. Nyunjung ghage. Ngeghet budok. Dioh nampok ander boit tengoh sungei. Ngale ke pekan saghi. Mok sibok nyukat bedaghe dengan poit. Tuang dalang pelasetik. Oghang ko lame ko ghamei. Tak dek ghanta ngan kosong. Tak peghenoh Dioh nengok oghang seghamei ini. Ndok bejalan pun payoh. Dioh mandang ale kilir. Nampok dak Dioh oghang enjuwei anok itik. Lawo ngat. Ndok ngat Dioh gi nengok. Ket Dioh takuit. Oghang pohpaleh ghameinye. Beghasok-ghasok. Dioh pandang lagi.
Ghamei budok ngeghuyung tempat te. Dioh mintok ngan mok ndok nengok. Mok bagi ketnya mok kabo jangan pegi jaoh2. Bingkaih Dioh banguin. Lame jugek Dioh de situ. Ghalit ngat Dioh nengok anok itik te tekedek-kedek. Sampei puaih Dioh encangkung. Dioh pandang kilir lagi. Macang2 bende oghang juwei. Dioh jalan plahan2. Ko lame ko jaoh. Seme bende pelek pade Dioh. Bau pun becampor-campor. Lame ke jaoh Dioh meghayak. Besor betoi pekan saghi te pade Dioh. Tak sampei2 lagi ke ujung. Dioh bejalan dah lame. Tetibe Dioh teghingat ke mok. Deghaih Dioh musing ke belakang. Sudoh. Cemaih ati Dioh. Tak nampok tempat mok. Mesti mok maghoh. Dioh ketor sambey belaghi encaghi tempat mok. Ghate telanggor oghang. Susuk sasak Dioh celoh2 oghang. Cemaih betoi Dioh. Sampei tempat mok lagi Dioh cemaih. Mok tak dek. Ket besen ander lagi. Dah kosong. Dioh pandang kighi kanan. Tak nampok mok. Lame ke cemaih ati Dioh. Dada Dioh ngemboit kuat. Dioh mule nok menangih. Dioh tahan. Dioh encangkung megang besen.
Pandang lagi kighi kanan. Tak nampok jugek mok. Tak tahan dah Dioh. Dioh mula menangih plahan2. Mok tinggae Dioh ke? Mesti mok maghoh ni. Macang2 Dioh megheka dalang ati. Penyudohnye Dioh teghesok-ghesok. Tak lame te Dioh nampok mok celoh oghang encebet baghang. Teghuih Dioh teghekang mok. Lagi kuat Dioh menangih. Dioh pelok mok kuat2. Mujo mok tak maghoh Dioh. Mok kesat airmate Dioh ngan tangan. Ghupenye mok gi meli ikan ngan sayur. Kuwei sikit. Nyesae betoi Dioh. Mok ajok Dioh bekemaih. Seme baghang mok isi dalang besen. Ghage bagei. Aghi dah panaih. Dioh nolong mok sambey teghesok-ghesok lagi. Dalang ati Dioh seghik betoi dah. Mok ajok Dioh bejalan balik ke setesen baih. Dioh ngikut mok. Laju langkoh Dioh. Tangan mok Dioh pegang kuat-kuat.

Seri Dioh 14

Baghu je mok letok besen ataih tanoh baih dah sampae. Deghaih mok nahan tangan. Ander empait lima oghang lain yang nunggu skali. Beghenti je baih mok angkit besen letok dekat deghaebo. Mok pegang tangan Dioh bawok ke belakang. Tempat duduk nomboi dua daghi belakang kosong. Mok sughuh Dioh duduk. Mok duduk sebeloh. Mok kesait peloh pade muka Dioh. Lepaih te muka mok pulok. Ander tige mpait oghang bedighi. Dioh jengok ke depan. Nampok dek Dioh ander ghage ghotan. Ander bunyi soghe ayang. Nok juwei de pekan saghi Temeghloh jugek agoknya. Dioh becakak soghang2 dalang ati. Dioh maling keluo tingkak. Betih Dioh begegor ngikut gegor baih. Ander bau minyok. Dioh ngaeler napaih kuat2. Lagi kuat bau minyok. Bunyi enjin baih mbingit. Kuat sangat. Ket ati Dioh lagi kuat besoghok. Baih dah mule begehok. (bersambung)

Seri Dioh Episod 13

Ngaeler Dioh mawok ghage ter. Ander masenye cemaih Dioh tersungko. Mok dah laju ke depan. Dioh mentor2 belaghi mentor2 bejalan.Tangan mok begilir megang besen ataih kepala. Sekali sekala lepaih dua2. Melenggang je mok. Sampae engkat ghumoh Mok De Yang, mok beghenti. Bagi dua jalan dah. Mok tughuinkan besen bedaghe letok ataih tanoh. Kohoit. Kabo dak mok. Dioh duduk ataih dahan getoh jatuh tepi jalan. Lembak sikit kayu ter empak dek emboin. Ket Dioh semacang je nenggek. Mengoh jugek Dioh. Mok encangkung dekat besen. Gulung kain ataih kepala mok letok ataih bedaghe. Agok2 dah ilang sikit kohoit mok ajok Dioh bejalan semule. Bimbang kala lambait ngat kaghang tak dan baih pagi. Bingkaih Dioh banguin ngekor mok. (bersambung)

Seri Dioh... Episod 1

Seghik dah Dioh nok main enjoit pokok tumbang. Mujur tak teghok abang
Jaih jatuh ter. Dah empat aghi. Bincoit daei abang Jaih dah nok
sughuit. Mok demoh dengan pasir gogheng. Lebang di lengan pun dah
ceghoh siket. Mok lomor dengan minyok piat. Kesian pulok Dioh ke abang
Jaih. Dua aghi abang Jaih demang. Dua aghi jugek Dioh senyak. Dioh
takuit mok maghoh. Ndok dekat ngan abang Jaih pun tak beghani. Petang
ni Dioh tak ngikut mok nugei jagung. Dioh main di ghumoh je. Dioh ajok
adik main buwei bawoh pokok ubi kayu gajoh. Dioh main dengan adik
sampei mok balik. Nampok je mok, deghaih Dioh naghik tangan adik.
Takoit mok maghoh. Aghi dah ndok megeghik. Dioh ambik kain tegholo
bawok adik mandi air tong legei. Bercegha-cegha Dioh njighuih kepala
adik. Dioh jighuih juga ke badan Dioh snighi. Dioh gaghaih kaki adik
dengan saboit. Kaki Dioh skali. Dioh nampok mok jengok ikut tingkak
selok sebeloh dapor. Deghaih Dioh ngelak badan adik dengan tegholo.

Quotes

 

~~ Hidup Itu Indah~~ | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates