Rabu, 16 Mac 2011

Sementara cuma.. tiada yang mutlak.....

Salam semua...

Termenung sejenak.. terpegun tak terkata bile mendengar n membicara tentang perkara ini...
Cik Ya hanya pendengar yang tak boleh nak menokok n mengurangkan cerita... Cik Ya sekadar mengambilnya sebagai pengajaran tehadap diri, keluarga dan sahabat2 yang berada disekeliling Cik Ya...

Semua yang berada pada kita bukanlah milik kita yang kekal abadi.. Nyawa kita milik Allah s.wt.. Rezeki kita juga miliknya, hatta keluarga kita juga miliknya... Bila-bila masa sahaja Dia akan mengambil apa sahaja yang kita sayang... Jadi sebagai hamba-Nya kita harus redha n tawaduk atas kada n kadar nya.. (chewahhh.... down to earth lah plopppssss).. Semua yang ada pada kita ni hanya pinjaman semata... tiada yang menjadi hak  mutlak kita yang kita dengan gahnya boleh berkata.. Aku punya.. itu hak aku.. ini hak aku.. aku seorang yang berhak untuknya... Masya Allah jangan kita menjadi takbur sebegitu... Muhasabah sendiri... semoga kita tidak menjadi sebegitu... Nauzubillah..

Dalam pekerjaan.. selagi Cik Ya menjadi penjawat awam Cik Ya sedar segalanya adalah hak milik kerajaan... Bekerja untuk kerajaan kerana Allah.... Jujur n bertanggungjawab.. berat sama kita pikul kat bahu masing2.. ringan sama2 kita jinjing... yang sikit kita kongsi bersama yang banyak kita agih seadilnya.. yang tak cukup kita mencukupi n yang lengkap sama kita taburi.... Jangan terlalu taksub dengan hak aku hak aku.. hak kamu hak kamu... Semuanya adalah perkongsian sesama rakan sejawatan... semua boleh berkongsi dengan seadilnya selagi ianya adalah milik kerajaan... Jawatan n pangkat hanya pada nama... kita saling memerlukan... Tak ada yang bawah yang atas akan kecundang tak ada yang atas yang bawah akan berteraburan... Jadi  tak perlu nak sibuk dengan status quo  n senioriti... Masing2 dah ada tugas n peranan memasing... Jalankan dengan penuh tanggungjawab.... kembalilah kepada adab2 pekerjaan dalam Islam dan bersederhanalah.....

Sepanjang pengalaman Cik Ya sehayat yang pendek ini... Cik Ya masih merangkak2 mencari nilai diri sendiri.. sesekali Cik Ya jugak terlepas dengan ketakburan yang wujud apabila amarah menguasai diri.. Semua kengkawan semua cepat2 menyedarkan Cik Ya dari tingkah laku yang boleh menyebabkan Cik Ya menyakitkan hati kengkawan semua.. Cik Ya juga insan biasa yang selalu khilaf dalam membahaskan bicara.. kadang2 juga silap ketika mencuit hati... apatah lagi dalam mengayakan perbuatan... (sob.. sob.. sob...)

3 ulasan:

nikki berkata...

Muhasabah diri....Amin...Alhamdulillah....

kelabu samar berkata...

semua dari kita wajib bermuhasabah diri..melihat2..merenung2 ke dalam diri sndiri sblum kita meninjau2 mencari2 perihal tentang org lain..ambe setuju sgt dgn kata2 yg Cik Ya karangkan di blog Cik Ya yg chumellll ni...bgitu mndalam..penuh makna yg seseorng itu apabila mmbacanya akan mengiyakannya..tidak ada yg tidak benar melainkan benar belaka, kdg2 seseorang manusia itu berada di dalam keadaan tidak sedar, yakni sntiasa percaya semua yg ada disekelingnya adalah hak mutlak dirinya sndiri, sdgkan jika direnung jauh2 dalam2..akhirnya kita tetap akn jumpa siapa sbenarnya Pemilik dan siapa sebenarnya Peminjam...tgok pd bumi kita ini..hanya pinjaman saja kawan, bukan hak milik kita wlupun kita hari2 berpijak pd tanah yg sama..tul tak Cik Ya...

Cik Ya berkata...

wah.... kak bubu..mendalam nye.. kering airmataku nak kuar... hehehhe... betol akak.. betoll... tiada yang x betoll melain betol belaka.....

nikki: down to earth yunk.....

Quotes

 

~~ Hidup Itu Indah~~ | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates