Memaparkan catatan dengan label Muhasabah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Muhasabah. Papar semua catatan

Selasa, 13 September 2011

sakit Kepalaku......

Salam geng..... hurmmmm cik ya kepenatan sejak sebelum bulan pose hingga kini.... huwa3.... tensen2.....

CikYa ni hanya manusia biasa... huwa3... huwa.... cik ya nak rehat.... rest... balik keje ngan umah lagi... otak ni sentiasa ligat berpiki..... time keje ngan keje... balik umah pikir keje umah pulak.... nak masak... basuh kain.... kemas umah..... lipat kain seme kena wat.... sedih cik ya... penatttttt.....

keje gomen ni banyak sebenarnya.... x sempat da nak berhuha2... time berhuha2 waktu makan je pepagi.... nak bertenet pun da x sempat.... setiap masa terisi dengan berbagai pekerjaan.... waaaaa.... Pahang akan menganjurkan Sukan Malaysia pada Jun 2012.... sebelum sukan bermula lah.... cik ya bertungkus lumus nak menyiapkan kelulusan itu ini... cik ya bz.... korang byangkan org yang terlibat secara langsung dengan event2 ni.... lagi terok dr cik ya........ semenya keje gomen cam cik ya... yang gaji ciput2 mcm cik ya.... tapi xpelah syukurlah..... Allah bagi rezeki yang halal....

Keje umah pulak... bulan pose cik ya setiap hari masak tao.... jgn x percaya... seingat cik ya cuma dua kali je  beli makanan kat luar.... hehehehe.... nak cari berkat bulan ramadhan..... kikikiki... sampai tido malam pun akan terjaga sebab teringat kain x berlipat... adoi... jadi ibu... bangun nak masak bersahur pukol 4 pulak... tapikan kat opis xdelah mengantok sgt.... hihihi.... sebab semua keje n kepayahan kita sebagai ibu, isteri n pekerja.. jika wat seikhlas hati n redha kita akan sendiri akan merasa puas n bahagia....

Bila di opis... segala keje yang kita wat siap n teratur kita akan lega n puashati.... bos kita x marah... bos kita senang ati kita pun senang ati... kat unmah bila umah kita bersih kemas n teratur kita akan ase selesa... anak2 x merungut... suami kita akan bertambah syg...(cewah...) n sekaligus kita akan ase bahagia... biar penat sikit tapi semua org senang ati..... huhuhuuu... (muhasabah diri sendiri....)

Harap2... Allah akan melapangkan segalanya bagi cik ya selamanya..... cik bukan inginkan yang melampau tapi hanya inginkan yang terbaik yang cik ya boleh berikan pada semua.... Walo x sempurna... tapi yg terbaik...... ~~~~ Ya Allah, semoga Kau lindungi aku dari fitnah dunia... dan lapangkanku dari semua aspek......~~~~~ Ammeeennn.....

Rabu, 17 Ogos 2011

Sumbangan siapa yang harus dihargai.....(Susulan Kisah Jais)

Petikan daripada....Dr. Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah; (Veri good articles......!!!)

Insiden serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja Methodist di Damansara Utama sengaja diperbesar-besar untuk meraih simpati, seolah-olah mereka ditindas, tidak bersalah dan tidak diberikan hak. Tindakan Jais dipersalahkan seratus peratus. Mereka sahaja yang betul dan suci. Licik sungguh perancangan ultra kiasu ini.

Awalnya saya cuba bersangka baik terhadap mereka ini demi dakwah, tetapi berdasarkan pengalaman berkecimpung dalam NGO, amat sukar rasanya untuk berbuat demikian memikirkan betapa liciknya mereka ini. Untuk menutup kelemahan, maka kehebatan merekapun ditonjolkan seperti sumbangan keluarga La Sallian, Mother Theresa, Gerakan Methodist dan Catholic dan sebagainya. Bacalah rencana meloyakan ini dalam laman-laman pro-mereka.

Saya tidak menafikan sumbangan semua kaum di negara tercinta ini. Tetapi jika semuanya mahu berkira, elok kita melakukan kira-kira dan tolak campur untuk melihat siapakah yang memberi lebih banyak sumbangan?

Perlu diingat, negara ini bukan seperti negara kepulauan Melayu yang lain seperti Indonesia atau Singapura. Janganlah terlalu biadab dan kurang ajar mencampuri hal ehwal Islam. Agama Islam dilindungi oleh perlembagaan persekutuan. Bukan itu sahaja, hal ehwal Islam dan keadaan umat Islam di bawah bidang kuasa penuh negeri dan sultan. Jabatan Agama ada hak untuk bertindak sekiranya wujud keadaan yang boleh mengganggu-gugat kedudukan agama Islam. Selama ini kita tidak pernah bertindak kejam terhadap bukan Islam. Begitulah berhikmahnya kita dalam menjaga bukan Islam dan hak mereka, sehingga hak sendiri terabai.

Oleh kerana pihak Kristian terlalu banyak bercakap soal sumbangan, sempena bulan kemerdekaan ini mari kita nilai sumbangan siapakah yang paling besar kepada negara tercinta ini, supaya kita tidak terlalu terhutang budi dan terjebak dalam perangkap mereka. Gerakan mereka ditaja oleh missionari antarabangsa.

Setelah dicongak-congak, pada hemat saya, sumbangan pribumi Melayu Islamlah yang paling besar. Tidakkah toleransi Melayu Islam hari ini yang menyebabkan orang lain boleh jadi kaya raya dan mengamalkan agama mereka seolah-olah negara ini bukan lagi negara Islam? Sumbangan yang tidak ada tolok bandingnya adalah sumbangan memerdekakan negara tercinta ini daripada penjajah berniat jahat membawa mesej gold, glory dan gospel (3G) serta ancaman komunis. Saya tidak fikir orang Melayu Islam tidak boleh mengurus estet, lombong dan bandar jika ditakdirkan tidak berlaku penghijrahan ketika itu.

Bacalah bersama sejarah mengenai kebangkitan nasionalisme. Tokoh-tokoh Melayu dan bumiputera seperti Penghulu Dol Said, Naning (1831-32), Raja Mahadi, Selangor (1867-74), Sultan Abdullah, Raja Ismail, Dato Maharaja Lela, Tok Sagor, Pandak Endut, Perak (1875), Tengku Antah, Negeri Sembilan (1875-76), Tok Gajah, Dato Bahaman, Mat Kilau, Pahang (1891-95), Sharif Masahor, Rentap, Banting (1853-1908), Mat Salleh, Antanum, Sabah (1894-1905), Tok Janggut, Kelantan (1915), Abdul Rahman Limbung (1921-28) dan banyak lagi tokoh-tokoh yang boleh ditonjolkan akan besarnya sumbangan mereka menentang 3G tersebut. Siapa pula tokoh-tokoh yang menentang komunis?

Kenapa jarang sekali mendengar nama-nama bukan Melayu atau orang Kristian ketika itu, yakni saat yang paling getir era 1800an hingga 1900an? Ketika itu orang bukan Melayu sudah berada di Tanah Melayu.Wajah-wajah bukan Melayu hanya muncul sekitar tahun 1950-an, detik ketika penjajah sudah memang tidak dapat bertahan lagi. Maka, sebagai syarat, kemerdekaan hanya diberikan jika Melayu dapat menerima bukan Melayu. Sebagai timbal balik hak-hak istimewa Melayu diberikan dan kedudukan agama Islam dilindungi. Penjajah sedar ‘dosa besar’ yang mereka telah lakukan. Penyatuan antara kaum hanya alasan British sahaja. Jika ketiga-tiga kaum ini tidak bersatupun ketika itu kebangkitan nasionalisme Melayu Islam sudah sampai ke peringkat puncak.

Bayangkan ketika Melayu Islam berkeras untuk tidak menerima bukan Melayu. Selepas merdeka, apakah nasib bukan Melayu ketika itu? Tetapi inilah kebaikan Melayu Islam yang kita tidak boleh lupakan sama sekali, malah seumur hidup. Kini, sewenang-wenang kita mahu melupakan jasa-jasa mereka, dengan menonjolkan sumbangan La Sallian, Mother Theresa dan gereja yang lain. Tidak cukupkah kebebasan beragama yang dibenarkan tanpa had? Masih tidak bersyukur? Di negara China, etnik Cina Islam Uighur dilarang menunaikan ibadah puasa, bersolat tarawih atau menjalankan sebarang aktiviti keagamaan. Pernahkah kerajaan Malaysia bertindak sedemikian kepada minoriti di sini? Jangan terlalu besar kepala.

Satu lagi, orang Melayulah yang paling berani dan merasa kesakitan yang amat sangat ketika menentang Malayan Union. Jika benar, bukan Melayu mahu bersama-sama menyumbangkan jasa memerdekakan negara, kenapa Malayan Union tidak ditentang? Jawapannya mudah, Malayan Union menguntungkan mereka. Ditakdirkan Malayan Union berjaya, maka hancurlah orang Melayu, bermaharajalelalah mereka ketika itu. Bertambah cepatlah negara ini menjadi negara Kristian.

Janganlah terlalu menonjolkan sumbangan yang kecil untuk mengaburi sumbangan yang besar. Bangkai gajah tidak akan dapat dilenyapkan oleh bangkai nyamuk. Kecuali gajah itu sendiri yang melenyapkan bangkainya, sehingga bangkai nyamuk menjadi perhatian. Bangkai nyamuk inilah yang diperbesar-besarkan.

Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao janganlah terlalu biadab mengeluarkan kenyataan tanpa mendengar dahulu penjelasan Jais. Saya sudah dapat menjangkakan pendirian ini, jika ditakdirkan kenyataan itu tidak dikeluarkan. Jais dan polis menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama dalam ruang lingkup yang dibenarkan undang-undang. Apakah majlis tersebut benar-benar makan malam? Atau ada udang di sebalik batu? Janganlah menipu. Saya tidak nampak tindakan Jais melanggar kebebasan rumah ibadat yang dijamin Perlembagaan.

Menurut A. Kadir Jasin, tiada siapa yang menafikan bahawa bukan Melayu juga menyumbang kepada perkembangan dan kematangan ekonomi negara, tetapi ia berasaskan kepada prinsip keuntungan. Mereka menyumbang kepada perkembangan ekonomi kerana suasana politik yang stabil sejak 1969 membolehkan mereka meraih keuntungan yang besar daripada apa yang mereka laburkan. It is not altruism - bukan sumbangan percuma yang tidak mengharapkan sebarang alasan! Mari kita hadapi realiti. Selain Singapura yang berupa negara kecil dan majoriti penduduknya Cina, tidak ada tempat lain di dunia di mana orang Cina mempunyai kuasa politik yang begitu luas serta memonopoli ekonomi selain daripada di bumi Malaysia ini. Pilihan raya demi pilihan raya membuktikan bahawa yang menjadi tonggak Barisan Nasional adalah orang Melayu dan Bumiputera lain. Malah majoriti calon bukan Melayu BN yang menang pilihan raya menang di kawasan majoriti Melayu Islam.

Lihatlah betapa besarnya pengorbanan dan toleransi Melayu Islam. Orang lain bagaimana pula? Misalnya, kerajaan negeri Perak meminta Ipoh Hindu Devastana Paripalana Sabah menyerahkan lebih kurang setengah ekar tanah rizab perkuburan Hindu di Buntong bagi tujuan pembinaan sebuah krematorium moden bagi masyarakat bukan Islam. Idea ini ditentang habis-habisan secara bersepadu. Berita ini disensasikan. Bila tanah rezab mereka diambil sedikit, heboh satu dunia. Tetapi sedarkah kita berapa banyak tanah rezab Melayu yang telah tergadai? Melayu tetap diam, tidak pernah bisingpun. Malangnya sungguh jadi Melayu, hak dan maruah telah tergadai, masih terus berlembut. Orang lain pantang diusik. Ini nasib Melayu di bumi Melayu.

Selasa, 9 Ogos 2011

Petua Wardina mendidik Anak Solat 5 waktu.... Jom Share....

Note yang ditulis oleh Wardina :   BERBALOI PENAT LELAH KU…   Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda…   I have to share this with you… because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off…I started to make my Amna to solat 5 times a day when she ...was 7, on her 7th birthday…we had a talk…(check note lama) tapi preparation since 6 la…   tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat….she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that – because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti….But it is very important to keep this in mind:-  
 
1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal – kena make sure – every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat  
 
2) l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together….kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -lepas solat time tu lah peluk cium, senyum – i always kiss her at the head and say “Barakallahufiha” Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah….make her never miss her solat Ya Allah…..kuat2 bagi dia dengar….   ps:- kalau kena amik cuti ambillah – bukan waktu exam je amik cuti – buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! “mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!”  
 
3) Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us… how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah…..TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat…acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat….itu semua kerja SETAN! Fight them off….! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that….we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat…..  
 
4) Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)
  
5) kalau dia tinggal – DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember – and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok…but kena solat terus bila bangun.  
 
Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah….tadi memang datang lambat…i was loking for her..and guess what???? She was actually praying her Asar prayers…sorang je kat dalam surau tu….i wanted to pengsan and cry…she did all by herself…. i pun told her how happy and how proud i was of her…i tanya dia kenapa? dia kata “Amna ingat apa Ummi cakap”…..cair nya hatiku ini.   Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia….and called nenek at Australia…now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!   And the foundation is – to start them off right – solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!I love you all!!! Good night….. But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu…anak ketam tak boleh diajar berjalan terus…fahamkan?  
 
Wah.... memang muslimah sejati.... cik ya nak cuba gak lah.. walopun terlambat sudah tapi nak try....!!!!

Khamis, 24 Mac 2011

jAnGaN KaHwAnI PeReMpUaN YaNg AdA SiFaT InI..... (HeHeHeHeHe.......)

 
Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".
 
1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.
 
2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.
 
3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.
 
4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.
 
5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:
 
Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.
 
Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.
 
6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.
 
---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...Wallahu'alam.
 
Ps: Huhuhu...... SeMoga Kita DaPat HidaYah......

Rabu, 16 Mac 2011

Sementara cuma.. tiada yang mutlak.....

Salam semua...

Termenung sejenak.. terpegun tak terkata bile mendengar n membicara tentang perkara ini...
Cik Ya hanya pendengar yang tak boleh nak menokok n mengurangkan cerita... Cik Ya sekadar mengambilnya sebagai pengajaran tehadap diri, keluarga dan sahabat2 yang berada disekeliling Cik Ya...

Semua yang berada pada kita bukanlah milik kita yang kekal abadi.. Nyawa kita milik Allah s.wt.. Rezeki kita juga miliknya, hatta keluarga kita juga miliknya... Bila-bila masa sahaja Dia akan mengambil apa sahaja yang kita sayang... Jadi sebagai hamba-Nya kita harus redha n tawaduk atas kada n kadar nya.. (chewahhh.... down to earth lah plopppssss).. Semua yang ada pada kita ni hanya pinjaman semata... tiada yang menjadi hak  mutlak kita yang kita dengan gahnya boleh berkata.. Aku punya.. itu hak aku.. ini hak aku.. aku seorang yang berhak untuknya... Masya Allah jangan kita menjadi takbur sebegitu... Muhasabah sendiri... semoga kita tidak menjadi sebegitu... Nauzubillah..

Dalam pekerjaan.. selagi Cik Ya menjadi penjawat awam Cik Ya sedar segalanya adalah hak milik kerajaan... Bekerja untuk kerajaan kerana Allah.... Jujur n bertanggungjawab.. berat sama kita pikul kat bahu masing2.. ringan sama2 kita jinjing... yang sikit kita kongsi bersama yang banyak kita agih seadilnya.. yang tak cukup kita mencukupi n yang lengkap sama kita taburi.... Jangan terlalu taksub dengan hak aku hak aku.. hak kamu hak kamu... Semuanya adalah perkongsian sesama rakan sejawatan... semua boleh berkongsi dengan seadilnya selagi ianya adalah milik kerajaan... Jawatan n pangkat hanya pada nama... kita saling memerlukan... Tak ada yang bawah yang atas akan kecundang tak ada yang atas yang bawah akan berteraburan... Jadi  tak perlu nak sibuk dengan status quo  n senioriti... Masing2 dah ada tugas n peranan memasing... Jalankan dengan penuh tanggungjawab.... kembalilah kepada adab2 pekerjaan dalam Islam dan bersederhanalah.....

Sepanjang pengalaman Cik Ya sehayat yang pendek ini... Cik Ya masih merangkak2 mencari nilai diri sendiri.. sesekali Cik Ya jugak terlepas dengan ketakburan yang wujud apabila amarah menguasai diri.. Semua kengkawan semua cepat2 menyedarkan Cik Ya dari tingkah laku yang boleh menyebabkan Cik Ya menyakitkan hati kengkawan semua.. Cik Ya juga insan biasa yang selalu khilaf dalam membahaskan bicara.. kadang2 juga silap ketika mencuit hati... apatah lagi dalam mengayakan perbuatan... (sob.. sob.. sob...)

Selasa, 15 Mac 2011

Dah ada dalam Quran.... Malapetaka Di Jepun

Sekadar untuk share ape yang Cik Ya dapat dalam Groups.. mengenai malapetaka yang berlaku di Jepun...
Semuanya sebenarnya dah diceritakan dalam Quran tapi biasanya manusia seperti kita hanya mengetahuinya setelah berlakunya malapetaka itu.... itulah fitrah manusia tidak akan dapat menjangkau sesuatu yang  bukan dalam pemikiran kita.... Betapa hebatnya mukjizat yang diturunkan oleh Allah s.w.t.......

1. Tarikh yg berlaku adalah pada 11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432.
 2. so dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.
 3. Jawapanya Jujuz ke 14 Quran.
 4. Dan bulan 4.



Rahsia angka tahun ini : Jujuz 14 Ayat Quran ke 4.
  
Rujuk di Quran.
 
1. Jujuz 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke 4 dari surah AL Hijir menyatakan
 
"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".


2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)

 so dlm 1432, 14 dh di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3.
 
di ambil pula lokasi latititude dan longitude.


3+6+1+3+8 = 21

so next 2+1 = 3

proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun.


Dan di dalam jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53



makan 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30

so next 3+0 = 3.

*proved wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun.



3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6



msa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..



so 1+4+4+6 =15

so next 1+5 = 6

*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.



4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.



5. Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan.



6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman.

7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya

8. WauAllahhu Allam.

Quotes

 

~~ Hidup Itu Indah~~ | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates